Hai

Hai semua,
Saya senang untuk mengongsikan berkat yang saya terima untuk bacaan semua pembaca dengan harapan agar pandangan dan sedikit pengalaman ini turut memberkati anda sekalian.
Harapan saya, gunakan kemudahan blog ini dengan sebaik baiknya agar rangkaian berkat dapat diwujudkan melalui blogger-blogger dan pembaca yang membaca atau terbaca laman ini.
TUHAN MEMBERKATI.

Tuesday, February 23, 2010

Kehidupan di Bumi Hanyalah Sementara.

Sebab kami tidak memperhatikan yang kelihatan, melainkan yang tak kelihatan, kerana yang kelihatan adalah sementara, sedangkan yang tak kelihatan adalah kekal.
2 Korintus 4:18.


Ramai orang memikirkan bahawa kehidupan kita di dunia ini akan ada penghujungnya iaitu kematian. Selepas itu lenyap dan hanya tinggal dalam kenangan sahaja. Saya juga pernah terdengar seseorang mengatakan bahawa dia tidak mahu menjadi orang Kristian kerana takut akan bersendirian dalam tanah selepas mati. Suatu pemikiran yang jauh menyimpang dari Tuhan.

Alkitab banyak mengajar kita tentang kehidupan selepas di dunia iaitu kehidupan kekal yang Tuhan janjikan bagi orang-orang yang percaya kepada Dia. Berbanding dengan kehidupan kekal, kehidupan di dunia ini jauh lebih singkat. Perkara paling penting bagi orang-orang yang percaya kepada-Nya adalah Tuhan membenarkan manusia hidup di dunia ini sebab Dia mahu mempersiapkan kita kepada Kehidupan yang jauh lebih hebat daripada kehidupan di bumi.

Sebagai orang-oranng yang percaya kepada-Nya, kita tidak akan terlepas daripada pergumulan, beban berat, ditolak dan banyak lagi. Tetapi kita percaya bahawa kita akan menerima upah kita bukan di bumi ini tetapi di sorga. Itulah iman kita kepada Tuhan.Ingatlah bahawa kita hidup bukan semata mata untuk harta dunia tetapi untuk kehidupan yang kekal yang kita akan terima apabila kita setia kepada-Nya. Selamat mengalami kasih dan kesetiaan-Nya dalam hidup kita...

Thursday, February 18, 2010

INILAH KEHIDUPAN.

'Ketika aku kanak- kanak, aku berkata- kata seperti kanak- kanak, aku merasa seperti kanak- kanak, aku berfikir seperti kanak- kanak. Sekarang sesudah aku menjadi dewasa, aku meninggalkan sifat kanak- kanak itu.'

Apakah kehidupan? Adakah kita akan hidup kekal sampai bila- bila? Kenapa hidup ini terlalu sukar untuk dilalui? Di manakah Tuhan pada saat saya dalam kesusahan? Soalan-soalan ini sering kita tanyakan kepada diri kita sendiri pada waktu kita berada dalam masalah/ujian.Apapunjawapannya, jangan lupa siapa kita dalam kehidupan kita sebab Tuhan berkata bahwa sebelum kita dilahirkan, Dia sudah merancangkan sesuatu kepada kita dan setiap rancanganNYa adalah yang terbaik dalam kehidupan kita.

Kehidupan itu satu ujian;
Hidup ini adalah satu ujian yang Tuhan sudah rencanakan dalam kehidupan kita. Ada banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan kita yang kita sendiri tidak mengetahuinya sehinggalah kita mengalami ujian tersebut. kadang- kadang ujian itu bukanlah susah sangat tetapi pada waktu kita mengabaikannya, di sanalah kita sudah pun gagal dalam ujian. Tidak dinafikan kita menghadapi kesukaran/ujian yang berat seperti janji yang tidak ditunaikan, doa yang tidak dijawab,tragedi kekecewaan kerana ditinggalkan dan bnyak lagi. walau bagaimanapun, perkara paling penting adalah bagaimana kita menghadapi/meresponi setiap ujian itu.

Saya secara peribadi pernah melalui saat saat yang sukar dalam kehidupan saya. Kadang kadang saya merasakan bahawa zaman kanak kanak saya tidak seperti kanak kanak yang lain. Masalah keluarga, kewangan,dan banyak lagi menyebabkan saya biasanya suka untuk bersendiri dan melakukan kerja sendiri sahaja tanpa mengharapkan orang lain. Keadaan ini berlanjutan dalam kehidupan remaja saya. Banyak masa saya digunakan untuk perkara yang tidak brfaedah dan. Saya bukanlah contoh teladan yang baik dalam Perhubungan lelaki dan perempuan. Walaupun saya berusaha untuk menjaga perhubungan pada masa itu, rencana Tuhan lebih indah dalam kehidupan saya. Perpisahan bukanlah perkara utama yang menyebabkan saya rasa disakiti tetapi cara perpisahan itu yang menyebabkan saya terpaksa menanggung banyak perkara; perasaan malu, sedih dan sayang adalah antara perkara yang saya tanggung kerana saya merasakan ada orang menyalahkan saya atas perpisahan itu.

Tetapi puji Tuhan sebab oleh DIAlah saya beroleh kekuatan untuk menghadapi semua itu. Walaupun sehingga kini masih terdapat orang yang masih menyalahkan saya tetapi saya percaya Tuhan telah membuat saya lebih bersedia untuk menghadapinya. Dia telah menjadikan sesuatu menjadi indah pada waktunya dalam kehidupan saya.

Kehidupan itu satu ujian bagi setiap orang. Walau sebesar apapun ujian itu, kita harus sedar bahwa DIA tidak akan menguji kita melebihi apa yang kita dapat tanggung. Perkara paling istimewa adalah dia ada bersama sama dengan kita disaat kita menghadapi ujian. Pada masa inilah kita menikmati berkat TUhan secara jelas dalam kehidupan kita.

"Tuhan, saya bersyukur atas setiap perkara yang sudah berlaku dalam kehidupan saya. saya percaya Engkau tetap bersama dengan saya pada masa kesesakan dan penderitaan. Terima kasih Tuhan untuk sahabat- sahabat saya yang sudah engkau berikan bagi saya kerana Engkau sudah menggunakan mereka untuk berkongsi. Terima kasih untuk setiap perkara yang Engkau lakukan dalam hidup saya. AMIN..."

*TO BE CONTINUE...

Friday, January 29, 2010

SAHABAT
Sahabat boleh didefinisikan sebagai Seseorang yang kita tahu dan sukai dan yang munjukkan kesetiaan dan membawa kepada sesuatu perkenalan yang rapat.

-Every friendship formed around shared goods.
Persahabatan adalah suatu identity sahabat yang dapat membantu kita untuk memahami erti kehidupan dan memahami tujuan persahabatan. Jadi dalam konsep persahabatan orang Kristian, perkara asas yang kita perlu ketahui adalah mengasihi Kristus.(1 Yoh 4:11-13,19-21.) Dengan mengasihi-Nya, kita dapat saling mengasihi dan dapat bertumbuh bersama dalam Kristus.
Dasar kepada persahabatan dapat dibahagikan kepada dua perkara yang paling utama iaitu hubungan persahabatan yang berlandaskan kepada perhubungan kepada Kristus dan usaha bersama untuk semakin serupa dengan imej Yesus . Doa Yesus dalam Yohanes 17 jelas menunjukkan bahawa pengikut- pengikut Yesus pada masa itu saling memerlukan di antara satu sama lain dan asas kepada kesatuan(Persahabatan) mereka adalah hubungan mereka dengan Tritunggal. Yohanes 17:21 ada ditulis, “supaya mereka(murid-murid Yesus) menjadi satu, sama seperti Kita(Tritunggal) adalah satu”. Hubungan di antara persahabatan kita berlaku kerana kita memiliki perhubungan dengan Kristus. Jadi, dalam perjalanan hidup kita, kita dapat bertumbuh bersama dalam usaha untuk semakin menghampiri kedewasaan iman kita iaitu usaha kita untuk semakin menjadi seperti Kristus.

Kita sudah dipilih untuk menjadi seperti Kristus(Roma 8:29). Jadi dengan cara persahabatan kita dapat membantu diantara satu dengan yang lain untuk membangun antara satu sama lain(1 Tesalonika 5:11). Melalui persahabatan, kita dapat saling belajar tentang makna menjadi pengikut Yesus dan membangun satu ‘attitudes’ untuk bertumbuh bersama dalam menjadi sahabat yang baik kepada Tuhan. Jadi secara ringkasnya, Yesus adalah model kepada persahabatan orang-orang Kristian. Kalau kita lihat kepada kehidupan Yesus, tentu kita dapat melihat bagaimana Yesus datang ke dunia bukan untuk dilayani tetapi untuk melayani dan untuk memberikan nyawa-Nya sebagai korban penebusan bagi banyak orang(Markus 10:45.). Inilah tujuan dalam persahabatan iaitu dapat menjadi serupa dengan Yesus.

Kesimpulannya, persahabatan dalam konteks orang Kristian adalah persahabatan yang menjadikan Yesus sebagai landasan kepada persahabatan yang bertujuan untuk pertumbuhan rohani kepada Yesus. Oleh sebab Yesus adalah model kepada persahabatan orang Kristian, kita haruslah belajar dari Yesus. Cerita Yesus dengan murid-murid-Nya merupakan contoh terbaik bagi kita untuk mempraktikkannya.
Persahabatan dapat dibahagikan kepada beberapa elemen yang asas seperti berikut:
i. Mengasihi diantara satu dengan yang lain. (Yohanes 15:13)
ii. Saling menerima antara satu sama lain. (Roma 15:7)
iii. Setia di antara satu dengan yang lain. (Yohanes 13:1)
iv. Saling mengajar. (Yohanes 15:15)
v. Saling membetulkan apa yang salah. (Matius 16:23)
vi. Saling berkongsi beban antara satu sama lain. (Matius 26:38, Galatia 6:2)
vii. Saling mendorong. (Yohannes 14:1)

KITA BERSAHABAT BUKAN KERANA ORANG MEMINTANYA DARI KITA TETAPI SEBAB KITA YANG MAHUKANNYA

Saturday, January 23, 2010

Berkat-MU


Ramai manusia yang ada pada masa ini sukar menerima hakikat bahawa semua yang mereka miliki sekarang ini adalah berkat daripada-MU. Mereka lebih suka menganggap bahawa segala harta atauhal kebendaan yang dimiliki adalah hasil daripada usaha mereka sendiri. Apa yang lebih teruk adalah apapun yang mereka miliki samada harta yang banyak, wang ringgit bertimbun, makanan yang tidak habis-habis atau segala kemewahan mereka tidak digunakan untuk memberkati orang lain.

Golongan ini hanya menggunakan alasan bahawa setiap benda yang dimilikinya adalah hasil usaha mereka sendiri dan orang lain tidak layak untuk memiliki apa yang dia ada. Berkat-Mu adalah anugerah yang harus dikongsikan kepada semua orang. Apa sahaja yang kita miliki seperti pengetahuan kita, kekayaan dari segi kebendaan,wang ringgit,makanan dan banyak lagi sepatutnya di kongsikan dengan orang yang memerlukan bantuan kita terutama golongan yang memerlukan. Berkat hanya dapat dikongsikan dengan berkesan apabila kita mengongsikan kepada orang lain dan berterusan tanpa terputus rangkaiannya.

Jadi kalau kita penerima berkat, pastikan berkat tersebut kita sebarkan/kongsikan kepada orang lain agar bukan kita sahaja yang dapat menikmati berkat tersebut malah dapat memberkati orang lain dengan apa yang kita kongsikan kepada mereka.


BLESSED

If you woke up this morning

With more health than illness,

You are more blessed than the

Million who won't survive the week.

If you have never experienced

The danger of battle,

The loneliness of imprisonment,

The agony of torture or

The pangs of starvation,

You are ahead of 20 million people

Around the world.

If you attend a church meeting

Without fear of harassment,

Arrest, torture, or death,

You are more blessed than almost

Three billion people in the world.

If you have food in your refrigerator,

Clothes on your back, a roof over

Your head and a place to sleep,

You are richer than 75% of this world.

If you have money in the bank,

In your wallet, and spare change

In a dish someplace, you are among

The top 8% of the world's wealthy.

If you hold up your head with a smile

On your face and are truly thankful,

You are blessed because the majority can,

But most do not.

If you can hold someone's hand, hug them

Or even touch them on the shoulder,

You are blessed because you can

Offer God's healing touch.

If you can read this message,

You are more blessed than over

Two billion people in the world

That cannot read anything at all.

“You are so blessed in ways you may never even know”

If you are feeling blessed, repay the blessings bestowed unto you and do something for others. A blessing cannot be kept. If it stops with you, then the blessing will disappear. The blessing will only keep working if it is continuously passed around. If you are a recipient of a blessing, keep the blessing working by being the source of blessing to other people.