Sebab kami tidak memperhatikan yang kelihatan, melainkan yang tak kelihatan, kerana yang kelihatan adalah sementara, sedangkan yang tak kelihatan adalah kekal.
2 Korintus 4:18.
Ramai orang memikirkan bahawa kehidupan kita di dunia ini akan ada penghujungnya iaitu kematian. Selepas itu lenyap dan hanya tinggal dalam kenangan sahaja. Saya juga pernah terdengar seseorang mengatakan bahawa dia tidak mahu menjadi orang Kristian kerana takut akan bersendirian dalam tanah selepas mati. Suatu pemikiran yang jauh menyimpang dari Tuhan.
Alkitab banyak mengajar kita tentang kehidupan selepas di dunia iaitu kehidupan kekal yang Tuhan janjikan bagi orang-orang yang percaya kepada Dia. Berbanding dengan kehidupan kekal, kehidupan di dunia ini jauh lebih singkat. Perkara paling penting bagi orang-orang yang percaya kepada-Nya adalah Tuhan membenarkan manusia hidup di dunia ini sebab Dia mahu mempersiapkan kita kepada Kehidupan yang jauh lebih hebat daripada kehidupan di bumi.
Sebagai orang-oranng yang percaya kepada-Nya, kita tidak akan terlepas daripada pergumulan, beban berat, ditolak dan banyak lagi. Tetapi kita percaya bahawa kita akan menerima upah kita bukan di bumi ini tetapi di sorga. Itulah iman kita kepada Tuhan.Ingatlah bahawa kita hidup bukan semata mata untuk harta dunia tetapi untuk kehidupan yang kekal yang kita akan terima apabila kita setia kepada-Nya. Selamat mengalami kasih dan kesetiaan-Nya dalam hidup kita...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
thanks, a very encouraging reminder bro! Gby!
ReplyDelete