Hai

Hai semua,
Saya senang untuk mengongsikan berkat yang saya terima untuk bacaan semua pembaca dengan harapan agar pandangan dan sedikit pengalaman ini turut memberkati anda sekalian.
Harapan saya, gunakan kemudahan blog ini dengan sebaik baiknya agar rangkaian berkat dapat diwujudkan melalui blogger-blogger dan pembaca yang membaca atau terbaca laman ini.
TUHAN MEMBERKATI.

Tuesday, February 23, 2010

Kehidupan di Bumi Hanyalah Sementara.

Sebab kami tidak memperhatikan yang kelihatan, melainkan yang tak kelihatan, kerana yang kelihatan adalah sementara, sedangkan yang tak kelihatan adalah kekal.
2 Korintus 4:18.


Ramai orang memikirkan bahawa kehidupan kita di dunia ini akan ada penghujungnya iaitu kematian. Selepas itu lenyap dan hanya tinggal dalam kenangan sahaja. Saya juga pernah terdengar seseorang mengatakan bahawa dia tidak mahu menjadi orang Kristian kerana takut akan bersendirian dalam tanah selepas mati. Suatu pemikiran yang jauh menyimpang dari Tuhan.

Alkitab banyak mengajar kita tentang kehidupan selepas di dunia iaitu kehidupan kekal yang Tuhan janjikan bagi orang-orang yang percaya kepada Dia. Berbanding dengan kehidupan kekal, kehidupan di dunia ini jauh lebih singkat. Perkara paling penting bagi orang-orang yang percaya kepada-Nya adalah Tuhan membenarkan manusia hidup di dunia ini sebab Dia mahu mempersiapkan kita kepada Kehidupan yang jauh lebih hebat daripada kehidupan di bumi.

Sebagai orang-oranng yang percaya kepada-Nya, kita tidak akan terlepas daripada pergumulan, beban berat, ditolak dan banyak lagi. Tetapi kita percaya bahawa kita akan menerima upah kita bukan di bumi ini tetapi di sorga. Itulah iman kita kepada Tuhan.Ingatlah bahawa kita hidup bukan semata mata untuk harta dunia tetapi untuk kehidupan yang kekal yang kita akan terima apabila kita setia kepada-Nya. Selamat mengalami kasih dan kesetiaan-Nya dalam hidup kita...

Thursday, February 18, 2010

INILAH KEHIDUPAN.

'Ketika aku kanak- kanak, aku berkata- kata seperti kanak- kanak, aku merasa seperti kanak- kanak, aku berfikir seperti kanak- kanak. Sekarang sesudah aku menjadi dewasa, aku meninggalkan sifat kanak- kanak itu.'

Apakah kehidupan? Adakah kita akan hidup kekal sampai bila- bila? Kenapa hidup ini terlalu sukar untuk dilalui? Di manakah Tuhan pada saat saya dalam kesusahan? Soalan-soalan ini sering kita tanyakan kepada diri kita sendiri pada waktu kita berada dalam masalah/ujian.Apapunjawapannya, jangan lupa siapa kita dalam kehidupan kita sebab Tuhan berkata bahwa sebelum kita dilahirkan, Dia sudah merancangkan sesuatu kepada kita dan setiap rancanganNYa adalah yang terbaik dalam kehidupan kita.

Kehidupan itu satu ujian;
Hidup ini adalah satu ujian yang Tuhan sudah rencanakan dalam kehidupan kita. Ada banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan kita yang kita sendiri tidak mengetahuinya sehinggalah kita mengalami ujian tersebut. kadang- kadang ujian itu bukanlah susah sangat tetapi pada waktu kita mengabaikannya, di sanalah kita sudah pun gagal dalam ujian. Tidak dinafikan kita menghadapi kesukaran/ujian yang berat seperti janji yang tidak ditunaikan, doa yang tidak dijawab,tragedi kekecewaan kerana ditinggalkan dan bnyak lagi. walau bagaimanapun, perkara paling penting adalah bagaimana kita menghadapi/meresponi setiap ujian itu.

Saya secara peribadi pernah melalui saat saat yang sukar dalam kehidupan saya. Kadang kadang saya merasakan bahawa zaman kanak kanak saya tidak seperti kanak kanak yang lain. Masalah keluarga, kewangan,dan banyak lagi menyebabkan saya biasanya suka untuk bersendiri dan melakukan kerja sendiri sahaja tanpa mengharapkan orang lain. Keadaan ini berlanjutan dalam kehidupan remaja saya. Banyak masa saya digunakan untuk perkara yang tidak brfaedah dan. Saya bukanlah contoh teladan yang baik dalam Perhubungan lelaki dan perempuan. Walaupun saya berusaha untuk menjaga perhubungan pada masa itu, rencana Tuhan lebih indah dalam kehidupan saya. Perpisahan bukanlah perkara utama yang menyebabkan saya rasa disakiti tetapi cara perpisahan itu yang menyebabkan saya terpaksa menanggung banyak perkara; perasaan malu, sedih dan sayang adalah antara perkara yang saya tanggung kerana saya merasakan ada orang menyalahkan saya atas perpisahan itu.

Tetapi puji Tuhan sebab oleh DIAlah saya beroleh kekuatan untuk menghadapi semua itu. Walaupun sehingga kini masih terdapat orang yang masih menyalahkan saya tetapi saya percaya Tuhan telah membuat saya lebih bersedia untuk menghadapinya. Dia telah menjadikan sesuatu menjadi indah pada waktunya dalam kehidupan saya.

Kehidupan itu satu ujian bagi setiap orang. Walau sebesar apapun ujian itu, kita harus sedar bahwa DIA tidak akan menguji kita melebihi apa yang kita dapat tanggung. Perkara paling istimewa adalah dia ada bersama sama dengan kita disaat kita menghadapi ujian. Pada masa inilah kita menikmati berkat TUhan secara jelas dalam kehidupan kita.

"Tuhan, saya bersyukur atas setiap perkara yang sudah berlaku dalam kehidupan saya. saya percaya Engkau tetap bersama dengan saya pada masa kesesakan dan penderitaan. Terima kasih Tuhan untuk sahabat- sahabat saya yang sudah engkau berikan bagi saya kerana Engkau sudah menggunakan mereka untuk berkongsi. Terima kasih untuk setiap perkara yang Engkau lakukan dalam hidup saya. AMIN..."

*TO BE CONTINUE...