'Ketika aku kanak- kanak, aku berkata- kata seperti kanak- kanak, aku merasa seperti kanak- kanak, aku berfikir seperti kanak- kanak. Sekarang sesudah aku menjadi dewasa, aku meninggalkan sifat kanak- kanak itu.'
Apakah kehidupan? Adakah kita akan hidup kekal sampai bila- bila? Kenapa hidup ini terlalu sukar untuk dilalui? Di manakah Tuhan pada saat saya dalam kesusahan? Soalan-soalan ini sering kita tanyakan kepada diri kita sendiri pada waktu kita berada dalam masalah/ujian.Apapunjawapannya, jangan lupa siapa kita dalam kehidupan kita sebab Tuhan berkata bahwa sebelum kita dilahirkan, Dia sudah merancangkan sesuatu kepada kita dan setiap rancanganNYa adalah yang terbaik dalam kehidupan kita.
Kehidupan itu satu ujian;
Hidup ini adalah satu ujian yang Tuhan sudah rencanakan dalam kehidupan kita. Ada banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan kita yang kita sendiri tidak mengetahuinya sehinggalah kita mengalami ujian tersebut. kadang- kadang ujian itu bukanlah susah sangat tetapi pada waktu kita mengabaikannya, di sanalah kita sudah pun gagal dalam ujian. Tidak dinafikan kita menghadapi kesukaran/ujian yang berat seperti janji yang tidak ditunaikan, doa yang tidak dijawab,tragedi kekecewaan kerana ditinggalkan dan bnyak lagi. walau bagaimanapun, perkara paling penting adalah bagaimana kita menghadapi/meresponi setiap ujian itu.
Saya secara peribadi pernah melalui saat saat yang sukar dalam kehidupan saya. Kadang kadang saya merasakan bahawa zaman kanak kanak saya tidak seperti kanak kanak yang lain. Masalah keluarga, kewangan,dan banyak lagi menyebabkan saya biasanya suka untuk bersendiri dan melakukan kerja sendiri sahaja tanpa mengharapkan orang lain. Keadaan ini berlanjutan dalam kehidupan remaja saya. Banyak masa saya digunakan untuk perkara yang tidak brfaedah dan. Saya bukanlah contoh teladan yang baik dalam Perhubungan lelaki dan perempuan. Walaupun saya berusaha untuk menjaga perhubungan pada masa itu, rencana Tuhan lebih indah dalam kehidupan saya. Perpisahan bukanlah perkara utama yang menyebabkan saya rasa disakiti tetapi cara perpisahan itu yang menyebabkan saya terpaksa menanggung banyak perkara; perasaan malu, sedih dan sayang adalah antara perkara yang saya tanggung kerana saya merasakan ada orang menyalahkan saya atas perpisahan itu.
Tetapi puji Tuhan sebab oleh DIAlah saya beroleh kekuatan untuk menghadapi semua itu. Walaupun sehingga kini masih terdapat orang yang masih menyalahkan saya tetapi saya percaya Tuhan telah membuat saya lebih bersedia untuk menghadapinya. Dia telah menjadikan sesuatu menjadi indah pada waktunya dalam kehidupan saya.
Kehidupan itu satu ujian bagi setiap orang. Walau sebesar apapun ujian itu, kita harus sedar bahwa DIA tidak akan menguji kita melebihi apa yang kita dapat tanggung. Perkara paling istimewa adalah dia ada bersama sama dengan kita disaat kita menghadapi ujian. Pada masa inilah kita menikmati berkat TUhan secara jelas dalam kehidupan kita.
"Tuhan, saya bersyukur atas setiap perkara yang sudah berlaku dalam kehidupan saya. saya percaya Engkau tetap bersama dengan saya pada masa kesesakan dan penderitaan. Terima kasih Tuhan untuk sahabat- sahabat saya yang sudah engkau berikan bagi saya kerana Engkau sudah menggunakan mereka untuk berkongsi. Terima kasih untuk setiap perkara yang Engkau lakukan dalam hidup saya. AMIN..."
*TO BE CONTINUE...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
i want more, more, n more..
ReplyDeleteyeah its kinda feeling sucks, wen someone blame u 4 sumthing they might not know..
but nevermind..
as long ur real fren n family believes u.. supportive u.. stay close with u.. its enuf already.. hehehe ;p
ya.... and its really good to know how care my frens for me.... hehehe... luv my frens so much...Thanks Ejah ...hehehe
ReplyDeleteBro, Roma 8:28 mengatakan "Allah turut bekerja untuk mendatangkan kebaikan." Segala sesuatu indah pada waktu-Nya. Percayalah setiap detik yang berlalu baik susah, senang, sedih, gembira dan sebagainya mengajar kita untuk tetap berserah kepada-Nya. Bersyukur untuk segala yang terjadi kerana Dia sedang mempersiapkan ko kepada orang yang TEPAT, SESUAI & TERBAIK untuk ko. Inilah prosesnya utk menjadi seorang yng matang dlm relationship. Berdoa ja spya dipertemukan dengan orang yang sememangnya sdg dipersiapkan untuk ko. Gbu
ReplyDelete